F.A.Q

F.A.Q (FREQUENTLY ASK QUESTION)



1.   MACAM MANA NAK KE OFIS YE?
Kami didaftarkan di atas syarikat ORBIT MEDIA KREATIF (002183801-A). Kami beroperasi secara online dan juga offline untuk memudahkan anda membuat pilihan sama ada order secara online terus mahupun terus ke kedai kami

3.    MACAM MANA KAMI NAK ORDER YA?
Ikut mana yang anda selesa. Kalau datang ke office kami, boleh tengok2 sample. Kalau rasa Rawang jauh sangat, boleh set appointment utk jumpe di area KL mengikut kepada waktu kami bekerja di kilang sahaja. Sama ada hari selasa ataupun khamis. Lokasi kami akan tentukan, sama ada di Ampang, Taman Melawati ataupun di Sri Gombak. Waktu appointment pula selepas waktu bekerja, selepas maghrib - 830pm.
Kalau takde masa betul nak jmpe, boleh je order secara on9, email kan kepada kami di : kadkahwinmisteri@yahoo.com

4.    TAPI, KALAU THRU EMAIL, MCM MANA NAK BG DETAIL? ADA BORANG X?
Of course ada. Kami akan attach kan kepada anda melalui email yang anda berikan kepada kami dan kami terus masukkan isi-isi yang anda perlukan ke dalam artwork dan terus email kepada anda.

5.   ERR... BERAPA HARI YE BARU DAPAT TENGOK ARTWORK?
Dalam 2 - 5 hari. Sebab kami kena trace peta lokasi dan mungkin ada yang nak letak gambar ataupun design baru dan juga tempahan yang banyak. Itu lah masa yang munasabah untuk kami bentangkan artwork untuk anda finalize kan sebelum kami print.

6.   BOLEH TAK REQUEST DESIGN LAIN + DIECUT SPECIAL?
Boleh je. Kami akan design, ikut kemahuan anda dan utk special diecut, penambahan RM100 diperlukan utk buat block kad tersebut.

8.   BETUL KE KALAU ORDER KAD 1K PCS, ADA BARANG PERCUMA TAK?
Ada.. 
300 pcs - 800 pcs = PERCUMA 2 KEPING BUNTING 2'X5'
1000 pcs - 1300 pcs = PERCUMA 2 KEPING BUNTING 2' X 5' + RUBBER STAMP
1500 pcs - 1800 pcs = PERCUMA 2 KEPING BUNTING 2' X 5' + RUBBER STAMP  + PERCUMA 5 KEPING PENANDA ARAH 1.5' x 2' 
2000 pcs = PERCUMA 2 KEPING BUNTING 2' X 5' + RUBBER STAMP  + PERCUMA 5 KEPING PENANDA ARAH 1.5' x 2' + 1 KEPING BANNER 7' X 2'

9.   LEPAS TU MACAM MANA PULA PROSES PEMBAYARAN?
Deposit RM50 diperlukan sebelum kita memulakan sebarang kerja design.
Setelah artwork confirm, 50% daripada harga kad dikenakan dan boleh bank in kepada account Maybank:

ORBIT MEDIA KREATIF
562106632397

Balance lagi 50% hendakalah diserahkan semasa kad dihantar jika ianya by-hand. Tetapi utk penghantaran by post, anda dikehendaki membayar baki 50% itu dahulu sebelum kami boleh membuat penghantaran kepada anda. Kos penghantaran kad tidak akan ditanggung oleh pihak kami. Dan kami akan nyatakan jumlah baki termasuk kos penghantaran sebelum kami membuat penghantaran.

9.   KALAU NAK URGENT MACAM MANA PULA?
Boleh. Tak ada masalah. 3-4 hari diperlukan. Hari pertama : confirmkan artwork, hari kedua : Printing, Hari ketiga : Proses memotong kad. Pada hari ketiga/keempat setelah kad siap, anda hendaklah mengambil sendiri kad yang telah siap di Jln. Sg. Besi [berhampiran dengan jalan pasar pudu]. Dan RM50 dikenakan untuk upah pekerja yang bertungkus-lumus menyiapkan kad anda dalam masa 2-4 hari.

9.   PAKAI COURIER APA BIASANYA?
Kami akan membuat penghantaran melalui Poslaju. Proses penghantaran adalah dalam masa sehari ke dua hari. Kos akan ditanggung oleh anda sendiri.

9.   KALAU DAH DAPAT, TAPI KAD REJECT BAGAIMANA?
Kami hanya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik utk anda. Bagi memastikan kepuasan anda utk yang berada jauh, kami akan email/ mms anda gambar kad yang telah siap. Untuk yang self-pick-up/ send by-hand, kami akan menunjukkan dahulu kad itu kepada anda. Dan sebab itu lah semasa proses finalize artwork, anda hendaklah check berulang kali supaya tidak ada yang tertinggal ataupun salah. Kerana kami di pihak designer, kami hanya akan masukkan detail yang anda berikan kepada kami melalui borang yang telah anda isi. Jadi, segala bukti kami simpan di dalam email supaya, apa-apa terjadi, kami ada bukti yang kukuh utk membuktikan yang kami tidak melakukan sebarang kesilapan.